Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala
(bentuknya seperti tanduk besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati
kecuali Izrail & beberapa
malaikat yg lain.Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal
dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk
mati, Tuhan pun
berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan
hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan
keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.
Ini menunjukkan
kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha
Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali
ke-2,lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,
berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit
atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg
disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka.
Hiduplah manusia umpama
anak pokok yg kembang membesar dari biji
benih.Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati
mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan
yang akan mereka hadapi
kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi
seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat
perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi
yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan
berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan
lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk
memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan
bulan dihapuskan
cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa
cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.Tiba-tiba
langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah
malaikat
sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh
makhluk terkejut
melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan
yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada
sejengkal dari atas
kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di
bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi
terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu
mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh
mereka menjadi lautan.
Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan
masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000
tahun.Terdapat satu kolam
( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja.
Orang bukan mukmin akan dihalau oeh malaikat yang
menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.
Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan
perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,
warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia
mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.Semua makhluk berada
bawah cahaya matahari
yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan
dari Arasy.
Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah
kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi
dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak
diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah
lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang
mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,
kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para
Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan
manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana
Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan
dengan Allah Ta’ala.
Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi
Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,Nabi Isa a.s.
(semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka
berjumpa
Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan
yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi
Muhammad s.a.w.
ke hadrat Allah Ta’ala.Lalu diperkenankan doa
baginda.Selepas itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8
orang malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan
20ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga
‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang
sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam
bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang
menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun
yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4
orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari
‘Arasy umpama cincin
ditengah padang .
Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun
menundukkan kepala
kerana takut.Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika
itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy
menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia
sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman
Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan
pemimpin masing-masing.
Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin
mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk
dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi
Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah
perkara
pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang
hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu
diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi
orang mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka
menggunakan satu
Neraca Timbangan.Saiznya amat besar, mempunyai satu
tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya
untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara
ini disaksikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab
untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang
diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan
baiknya tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan
ditimbang.Ketika dihisab,
mulut manusia akan dipateri,tangan akan
berkata-kata,kaki akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan
diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka
kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang
sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan
dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di
akhirat:
a. Meringankan penderitaan makhluk
di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar
zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah
Ta’ala.Para nabi
dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin
oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka
ini berjumlah
70 000.Setiap seorang dari mereka akan
mensyafaatkan 70 000 orang yang
lain.etelah berjaya dihisab,manusia akan mula
berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah
jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka.Lebar jambatan ini
adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari
mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan
menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat
memakan masa 15000 tahun.
5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000
tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,
seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada
yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik
kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.Para malaikat berdiri
di kanan dan kiri
sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap
1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya
melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.