Tampilkan postingan dengan label ARTIKEL ISLAM. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ARTIKEL ISLAM. Tampilkan semua postingan

Jumat, 31 Mei 2013

‎"TAK PEDULI"

Astaqfirulloh haladzim...

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarahkatuh

Kita pernah bertemu, Tapi kamu tak peduli sama aku, Sedihkah aku? Tidak.

Aku tak peduli sama kamu.

Kamu ada pacar? Aku tak peduli, kamu ada mobil mahal? Aku tak peduli, kamu ada ribuan pengikut? Aku tak peduli, kamu kaya, ada rumah besar, dan simpanan bermilyar milyar, makan dihotel mewah... Aku tak peduli.

Sehingga kamu meninggal tadi pagi, sudah tentu bukan aku yang memandikan mayatmu, juga bukan aku yang kafankan kamu, Aku hanya hantar kamu kekubur...tak peduli siapa yang gali kubur kamu, dan tak peduli siapa yang wariskan harta kamu...

Walaupun ini pertama kali kamu naik aku, belum puas berbaring, sampai ditanah perkuburan kamu harus turun, aku tak peduli siapa kamu. Aku mau pergi cepat cepat...banyak lagi Orang tak sabar mau naik aku dan aku tak peduli siapa kamu.

Didalam kubur kamu hanya akan ditanya dua hal "Iman dan Amal". Dan aku tak peduli siapa kamu.

Aku balik dulu. Insya Alloh, Esok, aku hantar tetangga baru kekubur kamu.
"KERANDA MAYAT"

Kamis, 30 Mei 2013

Renungkanlah............

Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh

Saudara dan saudariku yang merasai nikmat Allah
Ingatlah kadang-kadang kita tidak menyadari bahwa :

Orang sengaja memuji kita untuk menguji
Orang suka mengarah untuk lihat kita marah
Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk
Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati


Kalau kita sudah faham itu,maka selimutilah diri kita dengan sifat-sifat Mahmudah dan keluarkan serta bersihkanlah hati kita dari sifat-sifat mazmumah saya dan anda tahu bahwa itu memang sukar tetapi Insya Allah kesannya pada diri kita sangat indah

Imam al Ghazali berpesan dan berkata :
Harta adalah apa yang dimakan sampai kenyang, yang dipakai sampai lapuk dan yang di sumbangkan kepada orang lain. Ingatlah bahwa Mahluk yang paling mulia di dunia ini adalah manusia, dan bagian tubuh manusia yang paling mulia adalah hati.

Seekor burung hantu yang bijaksana duduk di sebatang dahan.
Semakin banyak ia melihat,maka semakin sedikit ia berbicara.
Semakin sedikit ia bicara, semakin banyak ia mendengar dan memahami.
Kenapa kita manusia yang dibekali mata untuk melihat tanda kebesaran dan kekuasaanNya diberi telinga untuk mendengar ayat-ayat peringatan dari-Nya
dan dianugrahkan akal dan hati untuk memahaminya, kenapa kita tidak boleh mengalahkan burung hantu yang bijaksana itu..?
Fikir-fikirkanlah wassalam

------------------------------------------------------------------------------

Selasa, 28 Mei 2013

ALAM MAHSYAR.........

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)
yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa

malaikat yg lain.Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal

dan akhirnya nyawanya sendiri.Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun

berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa
yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya
“Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan
kebesaran dan keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi
Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil a.s.
dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2,lantas
seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar
(umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"
yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama
anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.Semua manusia
dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.
Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.

Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka
(bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak,
suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.Tiba-tiba langit yang tebal
pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah malaikat
sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut
melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.

Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,
bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka rasai
kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.

Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.
Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.Terdapat satu kolam
(
حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang
mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.

Orang bukan mukmin akan dihalau oeh malaikat yang menjaganya.
Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini
berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.
Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih
dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran
yang mengalir dari syurga.Semua makhluk berada bawah cahaya matahari
yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy.
Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya
kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia
tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka
terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun
pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa
dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s
menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala.

Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa
Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah
1000 tahun perjalanan.Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.

ke hadrat Allah Ta’ala.Lalu diperkenankan doa baginda.Selepas itu,
terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati
semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah
langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat
yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil
bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

‘Arasy (
عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan
jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab
cahayanya yang sangat kuat.Kursi (
كرسي ) iaitu jisim nurani
yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat
yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin
ditengah padang .

Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang
terletak dihadapan istana.Seluruh makhluk pun menundukkan kepala
kerana takut.Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah
kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher
pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil
untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh
malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.

Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.
Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.
Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara
pertumpahan darah.Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab
amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,
lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin
dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu
Neraca Timbangan.Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang
mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya untuk menimbang
pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.Acara ini disaksikan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan
pengikut masing-masing dihisab.Perkara pertama yang diminta ialah
Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak
ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.Ketika dihisab,
mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata-kata,kaki akan
menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan
diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai
untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara
sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi
titian sirat.Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat:

a. Meringankan penderitaan makhluk
di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.Para nabi
dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk
memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah
70 000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang
lain.etelah berjaya dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat.Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang
terbentang dibawahnya neraka.Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai
rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.

5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin,
menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak dapat
melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka,
lalu mereka jatuh ke dalamnya.Para malaikat berdiri di kanan dan kiri
sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap 1000 orang yang
meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya.
999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Senin, 27 Mei 2013

P3K (Pertolongan Pertama Pada Kehidupan)

Sediakan kotak P3K (Pertolongan Pertama Pada Kehidupan) dalam kehidupan kita. Di dalamnya ada 7 benda :

1). Tusuk Gigi : Janganlah Anda mencongkel congkel keburukan hati orang, tetapi carilah kebaikan orang lain yang terselip yang tidak keliatan selama ini.
2). Penghapus : Hapuslah semua kesalahan orang yang menyebabkan Anda sakit hati.
3). Pensil : Tulislah dalam hatimu, berkat-berkat yang Anda terima setiap hari.
4). Plester : Semua luka hati dapat disembuhkan, selama Anda mengizinkannya.
5). Karet Gelang : Bersikaplah fleksibel, bahwa tidak semua yang Anda inginkan dapat terwujud.
6). Permen karet : Bila Anda sudah berkomitmen, lakukan semua dengan ikhlas dan selalu setia, seperti permen karet yang nempel terus.
7). Permen : Berilah senyum manismu ke setiap orang yang Anda jumpai, karena senyum seperti permen, semua orang menyukainya.
Ingatlah ...... "WAKTU seperti sungai, engkau tidak bisa menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, karena air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Tim AndrieWongso



Minggu, 26 Mei 2013

  • Kalimah Iman : Laa ilaaha illa Allah
  • Nilai Iman : Sekecil-kecilnya Iman akan dibalas dengan surga 10 kali lipat dunia besarnya
  • Standar Iman : Seluruh jasad kita dapat taat kepada Allah, dan terhindar dari perbuatan maksiat.
  • Puncak Iman : Tidak terkesan dengan segala suasana tetapi membuat kesan pada setiap suasana
  • Tanda Iman Betul : Berkeyakinan bahwa kebahagian hidup di dunia dan di akhirat hanya pada Iman dan Amal sholeh
  • Tanda Iman Salah : Berkeyakinan bahwa kebahagian hidup di dunia dan di akhirat hanya mengandalkan kebendaan atau keduniaan
  • Tanda Iman Kuat : Selalu melihat kebaikan orang lain dan menonjolkan keburukan diri sendiri
  • Tanda Iman Lemah : Selalu melihat keburukan orang lain dan menonjolkan kebaikan siri sendiri
  • Tanda Iman Meningkat : Apabila dalam 24 jam mengikuti cara hidup sunnah Rasulullah saw
  • Tanda Iman Menurun : Apabila dalam 24 jam kita banyak melakukan perbuatan sia-sia / maksiat
  • Tanda Iman Sempurna : Tidak terkesan dengan maju mundurnya keduniaan, tetapi akan merasa rugi dan menyesal apabila ada amal sholeh yang luput atau tertinggal.

Minggu, 19 Mei 2013

Berdialog dengan "SaTu DeTiK"


Pada suatu hari aku duduk dan menghadapkan
hati ini ke hadirat Allah sambil menyesali rentangan usia yang telah
kulalui. Kupanggil satu detik dari waktu hidupku. Aku katakan
kepadanya :

(+) Aku harap agar engkau mau kembali lagi
kepadaku, supaya aku dapat menggunakanmu untuk berbuat kebajikan.

(-) Sesungguhnya tidak ada waktu yang sudi
berkompromi untuk berhenti.

(+) Wahai detik......aku memohon, kembalilah
padaku agar aku dapat memanfaatkanmu dan mengisi kekuranganku pada
dirimu.

(-) Bagaimana aku dapat kembali kepadamu,
padahal aku telah tertutup oleh perbuatan-perbuatanmu!

(+) Coba lakukanlah hal yang mustahil itu
dapat kembalilah padaku. Betapa banyak detik-detik selain kamu yang
juga aku sia-siakan ?

(-) Seandainya kekuasaan ada di tanganku,
pastilah aku kembali kepadamu, namun tiada kehidupan bagiku. Dan itu
terlipat oleh lembaran-lembaran amalmu dan diserahkan kepada Allah
swt.

(+) Apakah mustahil, jika engkau kembali lagi
kepadaku, padahal saat ini engkau sedang berbicara kepadaku ?

(-) Sesungguhnya detik-detik dalam kehidupan
manusia, ada yang dapat menjadi kawan setianya dan ada kalanya ia
menjadi musuh besarnya. Aku adalah termasuk detik-detik yang menjadi
musuhmu dan yang akan menjadi saksi atas kamu di hari kiamat kelak.
Mungkinkah akan bertemu, dua orang yang
saling bermusuhan ?

(+) Aduh, alangkah menyesalnya aku. Betapa
aku telah sering menyia-nyiakan detik-detik dalam perjalanan hidupku!
Tetapi sekali lagi aku mohon sekiranya engkau sudi kembali kepadaku,
niscaya aku akan beramal saleh "di dalammu" yang pernah aku tinggalkan.

Maka detik itupun terdiam, tidak mengeluarkan
sepatah kata pun. Aku pun lantas memanggilnya :

(+) Wahai detik, tidakkah engkau dengar
panggilanku ? Kumohon jawablah.....

(-) Wahai orang yang lalai akan dirinya,
wahai orang yang menyia-nyiakan waktu-waktunya...........Tahukah kamu,
saat ini, demi mengembalikan satu detik saja, sesungguhnya kamu telah
menyia-nyiakan beberapa detik dari umurmu. Mungkinkah engkau dapat
mengembalikan mereka pula ? Namun aku hanya dapat berpesan kepadamu,
"Sesungguhnya segala perbuatan yang baik
itu menghapuskan (dosa) segala perbuatan yang buruk".

Maka, wahai sahabatku bersegeralah......,
beramallah, bersungguh-sungguhlah, bertakwalah kepada Allah dimana pun
engkau berada. Ikutilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik,
niscaya perbuatan baik itu akan menghapusnya, dan bergaullah dengan
sesama manusia dengan budi pekerti yang luhur.

(Dikutip dari "Efisiensi Waktu Konsep Islam")